fbpx

Soojin dituduh sebagai pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOOJIN

SILIH berganti. Selepas aktor Jo Byeong-gyu menjadi sasaran netizen sebagai pembuli ketika di bangku sekolah, kini giliran penyanyi Soojin pula berdepan nasib serupa.

Tanggal 20 Februari lalu, seorang pengguna internet mendakwa anggota kumpulan (G)I-DLE itu pernah membuli adiknya ketika berada di sekolah menengah.

Soojin dan rakannya dikatakan pernah memanggil adiknya ke sebuah bilik lalu menamparnya tanpa alasan munasabah.

Lebih teruk lagi, penyanyi itu juga menyebarkan fitnah kepada semua pelajar di sekolah bahawa adiknya dilayan sebagai ‘orang yang disisihkan’.

Ini bukan kali pertama dakwaan buruk sebegitu hinggap dalam hidup Soojin. Sebelum ini perkara sama pernah berlaku, namun atas sokongan kuat peminat, pendedahan tersebut telah dipadamkan daripada internet.

Peminat setia Soojin bagaimanapun tetap berkeras enggan percayakan tuduhan daripada pengguna internet yang tidak diketahui identiti bahkan tanpa bukti kukuh.

“Terlalu banyak tuduhan sama berlaku sejak kebelakangan ini. Kekal neutral,” tulis seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI