fbpx

Genting SkyWorlds akan dibuka pada pertengahan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Genting Malaysia Bhd. (Genting) telah membe­lanjakan lebih AS$800 juta (RM3.23 bilion) bagi pembangunan taman tema Genting SkyWorlds di Genting Highlands, Pahang yang dijadualkan dibuka kepada orang awam pada perte­ngahan tahun ini.

Taman berkeluasan 10.52 hektar yang terletak pada ke­tinggian 1,828 meter dari paras laut itu bakal menampilkan 26 tarikan utama yang diinspirasikan daripada filem dan pengembaraan Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic serta Rio.

Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi Resorts World Genting, Lee Thiam Kit berkata, taman tema tesebut kini berada pada fasa akhir pembangunan.

“Buat tempoh enam bulan hingga setahun pertama pembukaan, kami akan memfokuskan kepada pengunjung domestik dan apabila sempadan negara dibuka, kami akan mula menyasarkan pengunjung luar pada jarak tiga jam penerbangan seperti dari Singapura, Vietnam dan Hong Kong.

“Kumpulan sasaran kami adalah keluarga dan golongan muda. Kami memiliki pelbagai tarikan bagi memenuhi minat setiap golongan yang mana purata ke­tinggian minimum pengunjung yang boleh menaiki permainan di situ adalah antara 90 hingga 92 sentimeter,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dibuat secara maya sempena pengenalan logo Genting SkyWorlds semalam.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif, Riadah dan Hospitaliti Resorts World Genting, Datuk Edward Arthur Holloway dan Ketua Taman Tema Resort World Gen­ting, Gregory Pearn.

Dalam pada itu, Pearn menjelaskan, taman tema baharu itu direka untuk menampung kapasiti berjumlah 20,000 pengunjung dalam satu-satu masa.

Tambahnya, pihaknya turut bekerjasama dengan penyedia teknologi termasuk Ali Baba Group untuk memberikan kemudahan terkini yang memberi ke­upayaan kepada pengunjung me­nempah tarikan dan merancang pengalaman mereka di sana.

“Pengunjung hanya perlu membayar tiket masuk untuk menikmati semua tarikan disedia­kan. Bagaimanapun, har­ganya akan diumumkan kemudian.

“Untuk tempoh beberapa minggu akan datang, kami akan mula memperkenalkan pelbagai tarikan yang terdapat di sini,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI