fbpx

Gagal naik feri kerana tertinggal permit rentas daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shariman memeriksa permit kebenaran rentas daerah penumpang yang menaiki feri ke Kuala Kedah di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi pada pagi tadi.

LANGKAWI – Empat sekeluarga memberi alasan permit kebenaran merentas daerah tertinggal di dalam kereta di Kuala Kedah ketika diperiksa dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terminal Feri Penumpang Kuah di sini pagi ini.

Keluarga tersebut yang mahu menaiki feri ke Kuala Kedah tidak dibenarkan menaiki pengangkutan itu dan diarahkan berpatah balik bagi mendapatkan permit kebenaran merentas daerah terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, keluarga tersebut didapati gagal menunjukkan permit kebenaran rentas daerah daripada pihak polis.

Katanya, selain keluarga tersebut, terdapat dua lagi individu yang turut diarah berpatah balik atas kesalahan sama pada pagi ini.

“Sejak awal PKPB dikuatkuasakan, kira-kira 20 orang telah diarahkan untuk berpatah balik kerana tidak mempunyai permit kebenaran yang sah untuk merentas daerah,” katanya ketika ditemui pada operasi tersebut di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI