fbpx

Dua pemvaksin diberi amanah hari pertama PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.

PUTRAJAYA – “Saya rasa agak berdebar selepas dimaklumkan akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada Perdana Menteri,” kata Ketua Jururawat Kesihatan di  Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Lina Ibrahim, 49.

Lina bersama seorang lagi vaksinator yang juga jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar diberi amanah bagi menyuntik vaksin Covid-19 kepada enam individu pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Klinik Kesihatan Presint 11, hari ini.

Mereka termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah, Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan yang berkhidmat di Putrajaya.

Lina ketika ditemui pemberita selepas program itu berkata, dia akui sedikit berdebar pada awalnya namun, pada masa sama berbangga kerana terpilih melakukan amanah itu dalam kalangan jururawat yang ada.

“Ia sangat mendebarkan tetapi Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Saya sudah selesaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menjalani latihan suntikan sebelum ini, Lina berkata beliau memang menjalani amali untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19.

“Latihan itu dipantau oleh penyelia sebagai persediaan sebelum memberi suntikan kepada penerima,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI