fbpx

City tetap hormati kemampuan lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING

BUDAPEST – Pemain sayap sensasi Manchester City, Raheem Sterling enggan terbuai ­dengan rekod cemerlang pasukannya ketika ini sebagai jaminan mampu menewaskan Borussia Monchengladbach pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Puskas Arena awal pagi esok.

Sebaliknya, Sterling, 27, percaya Gladbach tetap mempunyai kemampuan sendiri dan mampu meleburkan rekod kemenangan 18 perlawanan berturut-turut The Citizens sejak 16 Disember lalu.

Justeru, bintang skuad antarabangsa England itu menggesa rakan-rakan sepasukannya agar menghormati Gladbach biarpun wakil Jerman tersebut tidak berada pada tahap terbaik ketika ini.

“Terlalu awal untuk meramal kami sebagai juara kerana perjalanan masih panjang. Saya selalu memesan kepada diri sendiri supaya tidak cepat berbangga dengan kejayaan semasa.

“Saingan dalam kempen Liga Juara-Juara berbeza dengan Liga Perdana Inggeris kerana setiap pasukan ada kekuatan tersendiri. Kelekaan boleh mengundang padah kepada pasukan kami sendiri.

“Apa yang penting kami perlu fokus kepada prestasi sendiri. Jika kami terus bermain baik seperti sekarang, saya percaya kejayaan mampu diraih,” kata Sterling.

Sterling menjadi watak penting buat jentera serangan skuad bimbingan Pep Guardiola itu yang terpaksa mengharungi ba­nyak perlawanan musim ini disebabkan kecederaan dan situasi pandemik Covid-19 dihadapi dua penyerang utama, Sergio Aguero serta Gabriel Jesus.

Bekas bintang Liverpool itu ternyata tidak menghampakan apabila menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik menerusi kejayaannya meledak 13 gol daripada 33 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI