PETALING JAYA – Sekeping foto yang dimuat naik penyanyi Bella Astillah dalam Instagramnya mengundang kekeliruan netizen apabila ada yang mendapati wajahnya mirip seperti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada pelakon dan penyanyi, Alif Aziz itu berkongsi sekeping foto mengenakan busana serba hitam dengan kapsyen bertanyakan pendapat tentang solekannya.
“Apa pendapat anda tentang gaya ini?” ujarnya menerusi hantaran tersebut.
Perkongsian tersebut menarik perhatian pengikutnya apabila rata-rata memuji wajahnya yang dikatakan mirip penyanyi tersohor itu ketika zaman anak dara.
Peminat turut memuji kecantikan wajah penyanyi berusia 26 tahun itu yang disifatkan manis dan ayu.
“Sangat cantik macam rupa Tokti (panggilan Siti) ketika zaman muda,” ujar salah seorang pengguna Instagram.
Bukan sahaja peminat, bahkan rakan-rakan selebriti turut tidak ketinggalan memuji wajah Bella dan mengaitkan gayanya dengan Siti.
“Sangat-sangat manis,” puji penyanyi Wany Kayrie.
Antara rakan selebriti lain yang turut meninggal komen dalam hantaran Bella ialah Betty Rahmad, Neeta, Mawar Rashid, Shalma Aina dan Fatin Afeefa. -K! ONLINE