fbpx

Balai Polis Ampang beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses sanitasi sudah dilakukan di Balai Polis tersebut.

PETALING JAYA – Balai Polis Ampang dibuka semula kepada orang awam bagi urusan membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri serta urusan-urusan lain bermula pukul 4.00 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan itu diambil selepas proses sanitasi secara total dibuat ke atas Balai Polis Ampang dan juga semua bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Kerja-kerja sanitasi telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak badan bukan kerajaan (NGO).

“Pengoperasian semula Balai Polis Ampang ini juga dapat membetulkan kembali kekeliruan masyarakat setempat yang beranggapan Balai Polis Ampang telah pun ditutup akibat jangkitan covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, proses penggantungan operasi yang dibuat sebelum ini adalah untuk membuat kerja-kerja sanitasi dan kuarantin kendiri kepada anggota-anggota yang terlibat.

Dalam pada itu katanya, orang awam diminta untuk terus kekal memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi semasa berurusan di balai.

Terdahulu, orang awam yang ingin membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri di Balai Polis Ampang dinasihatkan ke balai berhampiran susulan penggantungan urusan kepada orang awam berkuat kuasa semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI