fbpx

Ayda Jebat hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN bahagia, Ayda Jebat dan Nabil Mahir.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah. Syukur atas rezeki-Mu.

Demikian ciapan ringkas penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat atau nama lengkapnya, Nur Suhada Jebat pada tarikh 6 Februari lalu yang menimbulkan spekulasi ramai bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Bagaimanapun, baik dari mulut Ayda mahupun suaminya, Nabil Mahir, masih belum ada ada pengesahan rasmi tentang perkhabaran gembira tersebut.

CIAPAN Ayda Jebat yang mengundang spekulasi kehamilannya dalam kalangan netizen.

Menguatkan spekulasi yang hangat bertebaran dalam media sosial ketika, pelantun lagu Parah Parah itu difahamkan sudah menemui pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court bagi melakukan pemeriksaan.

Satu sumber turut mengesahkan berita positif itu yang mengatakan Ayda sudah pun hamil namun tidak memberi perincian tentang usia kandungannya. Ayda dan suami juga belum bersedia berkongsi berita gembira tersebut memandangkan masih terlalu awal.

Menerusi Instastory pada Isnin lalu, reaksi spontan Nabil menekap muka seolah-oleh hendak mendengar bunyi dari dalam perut Ayda turut memberikan bayangan bahawa isterinya sedang hamil.

“Macam-macam bunyi,” kata Nabil.

Setakat ini, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan pengesahan daripada Ayda dan Nabil belum berhasil.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI