fbpx

Agoda tawar RM3,000 untuk kempen Juara Hospitaliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Platform percutian digital global, Agoda menawarkan hadiah percutian bernilai RM3,000 (AS$750) kepada rakyat Malaysia melalui kempen #AgodaHospitalityChamps yang sedang berlangsung sehingga 4 Mac ini.

Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga Agoda, Errol Cooke berkata, kempen tersebut bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam industri hospitaliti sama ada di hotel, pusat peranginan, pengangkutan, syarikat pe­nerbangan, pengangkutan seperti bas, khidmat kereta sewa dan juga pemandu pelancong.

Menurut beliau, melalui kempen tersebut, orang ramai boleh mencalonkan Juara Hospita­liti dan berkongsi cerita mengenai diri mereka dan pengala­man ­bersamanya.

“Orang ramai boleh memilih kakitangan dalam industri tersebut yang menjalankan tanggungjawab mereka di luar bidang tugas, demi cinta mereka kepada tugas masing-masing.

“Sebagai contoh, petugas tersebut telah mendapatkan tempat makan malam yang pa­ling romantik, tukang masak yang menyediakan telur dadar yang sempurna untuk sarapan atau pengurus besar hotel yang memberi tahap perkhidmatan terhebat seumpama anda adalah jutawan,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Cooke menjelaskan, melalui perkongsian kisah menarik itu, orang ramai berpeluang memenangi percutian bernilai (AS$750 dalam bentuk AgodaCash) untuk setiap tiga calon terbaik dan AS$250 AgodaCash untuk setiap peserta yang menghantarkan pencalonan terbaik.

Tambah beliau, pencalonan dan penyertaan akan diadili berdasarkan tahap inspirasi dan dapat menunjukkan kecemerlangan Juara Hospitaliti yang dicalonkan.

Calon kempen itu juga telah berjaya mempamerkan standard yang luar biasa di dalam bidang hospitalitinya.

Selain itu, pemilihan pemenang turut dipertimbangkan melalui kebolehan untuk men­yampaikan cerita dengan cara yang menarik minat pembaca.

Setiap peserta hanya boleh mengemukakan satu pencalonan. Namun begitu, Juara Hospitaliti yang dicalonkan boleh menerima lebih daripada satu pencalonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI