fbpx

94 HAT terima vaksin Pfizer-BioNTech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Hospital Kem Terendak atau dikenali sebagai 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) yang merupakan pusat simpanan vaksin telah menerima bekalan vaksin Pfizer-BioNTech sekitar jam 11 pagi tadi.

Pegawai Memerintah 94 HAT, Brigadier Jeneral Dr. Muhamed Hatta Manis berkata, 94 HAT telah menerima kumpulan pertama sebanyak 390 vial (bebuli) vaksin Pfizer-BioNTech.

“Dengan setiap vial boleh menghasilkan enam dos yang boleh menjadikan keseluruhan 2340 dos bagi kegunaan 1,170 anggota tentera yang akan menerima dos tersebut.

“Dos adalah bagi kegunaan frontliner melibatkan kakitangan kesihatan, dan anggota tentera yang bertugas di sekitar Kem Terendak, Melaka iaitu 3 Divisyen, 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vaksin tersebut telah dibawa daripada Hospital Besar Melaka menggunakan perkhidmatan Van DHL dengan diiringi oleh Polis Diraja Malaysia dan juga Polis Tentera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI