fbpx

2.2 hektar kebun kelapa sawit terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran melibatkan kawasan kebun kelapa sawit di Ambangan Height pada malam semalam.

SUNGAI PETANI – Sebuah kebun kelapa sawit seluas kira-kira 2.2 hektar yang sedang dibersihkan untuk projek perumahan di SP Saujana, Ambangan Height di sini terbakar pada malam semalam.

Kebakaran kira-kira pukul 9 malam itu didakwa berlaku selepas beberapa individu dilihat membakar lalang di bawah beberapa pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Api kemudian merebak ke kawasan kebun kelapa sawit yang terletak berhampiran kawasan perumahan Saujana Damai yang masih dalam proses pembinaan.

Pegawai Operasi Bomba Zon Sungai Petani, Penolong Penguasa Bomba Abdul Mois Ahmad Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.36 malam.

“Dua jentera digerakkan bersama tujuh pegawai dan 23 anggota ke lokasi selain mendapat bantuan dua jentera bomba sukarela dari Sungai Petani dan Guar Chempedak.

“Kami melakukan teknik fire break (pecah api) sepanjang operasi dan selepas tiga jam, api berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kebakaran yang melibatkan kawasan tanah gambut menyebabkan pihaknya masih menjalankan pemantauan dan pemadaman bagi mengelakkan kebakaran berulang.

Tambahnya, beberapa pencawang TNB yang berada di situ tidak mengalami sebarang kerosakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI