fbpx

1.76 juta penduduk Kedah bakal terima suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan vaksin bagi fasa pertama yang tiba di Alor Setar, Kedah hari ini dengan diiringi kenderaan polis.

ALOR SETAR – Kira-kira 1.76 juta penduduk Kedah akan menerima suntikan vaksin Covid-19 yang dilakukan secara berperingkat menerusi tiga fasa dalam tempoh setahun bermula Ahad ini.

Pemberian suntikan vaksin dalam tiga fasa itu dijangka memberi liputan vaksinasi kepada 80 peratus penduduk negeri ini dan pekerja bukan warganegara.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang memberitahu, buat masa ini, Kedah diperuntukkan sebanyak 50,310 dos vaksin bagi fasa pertama melibatkan 25,155 senarai penerima terdiri daripada petugas barisan hadapan.

“Mereka antaranya petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan swasta, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kastam, imigresen dan bomba.

“Suntikan fasa pertama ini akan bermula Ahad ini hingga April ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, bekalan vaksin bagi fasa pertama itu diterima secara berperingkat bermula hari ini yang mana ia akan ditempatkan di tiga Pusat Simpanan Vaksin (PSV) terpilih di Kota Setar, Kuala Muda dan Langkawi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI