fbpx

The Citizens berhak ungguli carta EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING (kiri) menanduk masuk gol City seawal minit kedua permainan menentang Arsenal yang kekal sebagai jaringan tunggal sehingga tamat perlawanan. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak menjangka anak-anak buahnya dapat mengubah nasib mereka musim ini selepas mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal awal pagi semalam.

Jaringan tunggal Raheem Sterling seawal minit kedua menghadiahkan The Citizens tiga mata penuh pada aksi di Stadium Emirates itu sekali gus merekodkan 18 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan sejak Disember lepas.

Kata Guardiola, rekod tidak memberi sebarang makna dalam kamus dirinya kerana ia boleh dipecahkan tidak lama lagi tetapi mengakui, terkejut dengan momentum semasa ditunjukkan barisan pemainnya sejak kebelakangan ini.

“Saya gembira dengan rekod yang kami lakukan tetapi tidak mahu terlalu berbangga kerana ia pasti dipecahkan pada masa depan. Namun, saya akui cukup puas dengan prestasi dan konsistensi pasukan sejak dua bulan lepas.

“Situasi berbeza dialami pesaing-pesaing yang lain kerana mereka kehilangan banyak mata sekali gus memudahkan kami untuk terus melebarkan sayap selaku pendahulu EPL.

“Saya yakin kami berhak mengungguli carta liga kerana telah memenangi aksi di Stadium Anfield, Stadium Goodison Park, Stadium Tottenham Hotspur dan kini di Stadium Emirates. Ia adalah keputusan yang sangat membanggakan,” katanya.

Bagaimanapun, Guardiola enggan cepat berasa selesa meskipun skuad bimbingannya kini memiliki kelebihan 10 mata ke atas dua pencabar utama di tempat kedua dan ketiga iaitu Manchester United serta West Ham United.

“Masih ada 13 perlawanan perlu diharungi dengan 39 mata menjadi rebutan. Jurang 10 mata ketika ini cukup baik, namun kami masih belum bergelar juara liga dan pemain-pemain perlu terus bekerja keras,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI