fbpx

Terpisah hampir setahun kerana pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video dua anak kecil menangis kegembiraan bertemu semula bapa mereka yang terpisah hampir setahun lalu.

PETALING JAYA – Satu rakaman video pertemuan semula dua anak kecil dengan bapanya yang terpisah hampir setahun lalu gara-gara pandemik Covid-19 meruntun hati rakyat Malaysia.

Rakaman video yang dikongsikan di Instagram milik Syazwana Jamal itu memaklumkan, kedua-dua kanak-kanak perempuan itu tidak bertemu bapanya sejak Mac 2020.

“Akhirnya selepas (hampir) setahun menunggu kepulangan ayah mereka, rasa macam mimpi.

“Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Mac 2020, ayah mereka pulang ke Qatar sehingga Februari 2021 baru jumpa semula,” kata Syazwana di laman Instagram miliknya hari ini.

Syazwana berkata, suaminya yang dikenali dengan nama Akram bekerja di Qatar dan akan pulang ke rumah pada setiap bulan sebelum pandemik Covid-19 berlaku.

Bagaimanapun, disebabkan PKP, Akram yang berada di Qatar tidak dapat pulang ke Malaysia sehingga pada Februari tahun ini.

Menurutnya, dia hanya dimaklumkan oleh Akram akan pulang ke rumah dua hari sebelum tarikh penerbangan lalu dia merancang memberi kejutan kepada dua anaknya.

Rata-rata netizen yang menonton tangisan gembira dua kanak-kanak itu kerana bertemu semula bapa mereka turut menyatakan rasa kesyukuran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI