fbpx

SWM ganti 398 tong sampah yang rosak, hanyut akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWM Environment menggantikan 398 tong sampah yang rosak dan hanyut akibat banjir yang melanda negeri Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan menggantikan 398 tong sampah beroda (TSB) yang rosak dan hanyut akibat banjir di 17 lokasi sekitar daerah ini.

Pengurus Besar Korporat, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, inisiatif penggangtian TSB itu dibuat bagi memastikan operasi kutipan sisa pepejal tidak terjejas.

“Pengedaran TSB akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan seluruh rumah dan kedai di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Johor yang terjejas akibat banjir.

“SWM Environment memutuskan inisiatif penggantian TSB tersebut dilaksanakan secara terus ke rumah dan kedai mangsa banjir berdasarkan maklumat yang dikumpulkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan situ sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19 di Johor sekali gus bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI