fbpx

Sultan Perak berkenan mencemar duli lawat PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin mendengar penerangan yang diberikan pegawai Jabatan Kesihatan Perak ketika mencemar duli melawat PPV di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar dulu melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ketibaan baginda disambut Menteri Berar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim pada pukul 10.15 pagi.

Keberangkatan baginda bertujuan melihat kesiapsiagaan, kelengkapan dan fasaliti PPV berkenaan bagi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri Perak.

Sementara itu, Saarani ketika ditemui pemberita berkata, lebih 60 peratus daripada petugas barisan hadapan di negeri ini telah menyatakan persetujuan untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Saya dimaklumkan lebih 60 peratus daripada 34,743 petugas barisan hadapan yang tersenarai telah bersetuju untuk mengambil vaksin ini.

“Bakinya mereka mempunyai alasan tersendiri untuk menolak termasuk alahan teruk, sedang hamil, baru berkahwin dan berhasrat untuk mempunyai zuriat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, Stadium Indera Mulia dikategorikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin 4 (PPV4) memandangkan ia mempunyai empat stesen vaksin.

“Setiap stesen mempunyai dua petugas pemberi vaksin dan mereka akan memberi suntikan vaksin ini kepada 800 individu dalam tempoh sehari,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI