fbpx

Suami isteri dicekup curi susu formula bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurulhuda ( kanan sekali ) menunjukkan antara jenama susu yang dirampas dari pemilik kedai yang membeli barangan curi.

KLANG – Kelicikan sepasang suami isteri mencuri susu formula bayi yang berjenama dan kosmetik sejak setahun berakhir apabila dicekup di sekitar daerah ini baru-baru ini.

Turut ditahan adalah pemilik dan pekerja kedai runcit yang kesemua berusia 20 hingga 40-an dalam operasi pada Jumaat dan semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kegiatan pasangan suami itu terbongkar menerusi laporan pengurus sebuah farmasi pukul 11.47 pagi pada 10 Februari lalu yang kehilangan pelbagai barangan dianggarkan RM1,000.

Ujarnya, hasil pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati pasangan suami isteri memasukkan barangan curi ke dalam beg sandang tanpa disedari oleh pekerja farmasi itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan suami terlibat dalam 10 kes melibatkan pasar raya dan farmasi dan mereka memfokuskan kepada premis yang tidak mempunyai alat pengimbas harga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, pasangan itu turut mencabut tanda harga yang diletakkan pada barangan itu sebelum keluar dari premis.

Kata Nurulhuda, hasil siasatan awal mendapati mereka menjual barangan itu kepada pemilik kedai runcit dengan harga murah.

Kesemua suspek kini masih direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI