fbpx

Penggantungan urusan di Balai Polis Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Orang awam yang ingin membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri di Balai Polis Ampang dinasihatkan ke balai berhampiran susulan penggantungan urusan kepada orang awam berkuat kuasa pada hari ini hingga 1 Mac depan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan terbabit diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Orang ramai boleh membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri di balai polis berhampiran seperti di Balai Polis Hulu Klang, Balai Polis Melawati, Balai Polis Pandan Indah, Balai Polis Ukay Perdana dan Balai Polis Pandan Perdana.

“Saya juga ingin memohon bersama-sama mendoakan petugas barisan hadapan yang positif Covid-19 diberi kesihatan yang baik dan segera sembuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, sejumlah anggota dikehendaki kuarantin kendiri berikutan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku di balai berkenaan sebelum ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI