fbpx

Mangsa tebing runtuh terima sebuah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadhli (kiri) menyerahkan sumbangan berupa sebuah kereta jenis Proton Saga kepada Nor Ain hari ini.

PASIR MAS – Seorang wanita yang menjadi mangsa kejadian runtuhan tebing di Kampung Pohon Chelagi di sini minggu lalu sekurang-kurangnya mampu mengukir senyuman apabila dia menerima sumbangan berupa sebuah kereta jenis Proton Saga.

Sumbangan itu diserahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas hari ini selepas kereta jenis Perodua Myvi milik Nor Ain Ramli,32, musnah akibat terjatuh ke dalam runtuhan tebing bukit.

Kereta terpakai jenis Proton Saga itu untuk memudahkan pergerakan harian Nur Ain bersama suami dan anak mereka berusia tujuh tahun.

Nor Ain berkata, dia tidak menyangka menerima kejutan berupa sebuah kereta selepas keluarganya hilang tempat untuk berteduh dalam bencana tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur terima bantuan ini. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Pasir Mas dan semua pihak yang prihatin terhadap nasib kami.

“Dalam tempoh seminggu ini, kami sekeluarga menunggang motosikal untuk urusan harian. Jika ada urusan penting atau melibatkan perjalanan yang jauh, kami akan meminjam kereta saudara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pohon Chelagi awal pagi Rabu lalu, rumah dan kereta Perodua Myvi milik keluarga Nur Ain dilaporkan menjadi mangsa pertama yang musnah akibat terhumban ke bawah cerun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI