fbpx

Lingard kini aset bernilai West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINGARD (tengah) meraikan jaringannya bersama pemain-pemain West Ham selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Spurs kelmarin. – AFP

LONDON – Bintang buangan Manchester United, Jesse ­Lingard kini kembali menikmati permainan terbaiknya sejak menyertai West Ham United bulan lalu secara pinjaman hingga akhir musim.

Lingard, 29, membalas semula kepercayaan tersebut de­ngan meledak gol ketiga peribadi musim ini termasuk satu jari­ngan ketika membantu West Ham menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London kelmarin.

“Saya sentiasa bekerja keras untuk membuktikan kemam­puan saya bersama West Ham. Saya sangat gembira berada di sini dan menganggap ini adalah permulaan baharu dalam karier saya.

“Kami sedar Spurs adalah lawan sukar tetapi gol awal daripada (Michail) Antonio seme­mangnya meningkatkan keyakinan kami. Saya juga gembira kerana jaringan saya berjaya membantu West Ham mengutip tiga mata,” kata Lingard.

Dalam aksi itu, West Ham memperoleh gol pertama menerusi percubaan Antonio sea­wal minit kelima sebelum ­Lingard menggandakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-47.

Spurs mempamerkan kebangkitan apabila merapatkan jurang menerusi tandukan Lucas Moura pada minit ke-64 hasil sepakan penjuru Gareth Bale.

Bagaimanapun, Spurs gagal menambah jaringan dan menyaksikan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan David Moyes itu berjaya melonjak ke tangga keempat EPL dengan 43 mata sekali gus berada pada landasan tepat untuk memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI