fbpx

Kontraktor didenda RM10,000 palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kontraktor didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Ipoh atas pertuduhan memalsukan dokumen penyelenggaraan bekalan air, tiga tahun lalu.

IPOH – Seorang kontraktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen penyelenggaraan bekalan air di sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) di Behrang, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Syed Basri Syed Lin, 56, juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu diputuskan setelah tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan satu dokumen sebagai tulen bagi pengesahan siap kerja projek penyelenggaraan bekalan air, baik pulih panel dan sistem bekalan air di Rumah Pam Air Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sedangkan tertuduh mengetahui pembekalan bagi ‘mechanical seal’ bernilai RM5,200 itu tidak dibekalkan.

Perbuatan tersebut dilakukan lelaki itu di pejabat PSAS di Slim River pada 6 November 2018.

Pendakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum bawah Seksyen 468 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan bersetuju supaya tertuduh yang tidak diwakili peguam membayar denda RM10,000.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM10,000 dan jika gagal bayar dikenakan penjara sembilan bulan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI