fbpx

Janna Nick aktifkan semula Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK kembali aktif dalam Instagram.

PETALING JAYA – Tidak menunggu sehingga berhari-hari, akaun Instagram pelakon, Janna Nick yang dinyahaktifkan sendiri semalam susulan kontroversi ‘Blackpig’ kini kembali boleh diakses.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati, akaun media sosial pengacara Melodi itu kembali aktif beberapa jam lalu dengan muat naik pertama mempromosikan drama lakonannya, Marry Me Senorita.

“Kita tidak mampu mengawal bagaimana insan lain membuat tafsiran dan menerima tenaga yang kita lontarkan. Semuanya diterjemahkan mengikut kanta peribadi setiap individu berdasarkan apa yang sedang mereka lalui.

“Jadi persepsi itu bukan tertakluk pada diri kita semata-mata. Teruskan menjadi diri sendiri dengan penuh integriti dan cinta sepenuhnya,” luah Janna menerusi kapsyen yang dimuat naik sebentar tadi.

Biarpun sudah dapat diakses, ruangan komen Instagramnya tidak dibuka kepada semua pengikut. Sehingga kini, akaun Twitter Janna bagaimana belum dapat diakses.

Semalam, nama Nurul Jannah Muner atau lebih mesra disapa Janna Nick menjadi buah mulut netizen dan mengundang kemarahan peminat K-pop dengan isu sensasi.

Menyifatkan kekecohan yang berlaku akibat perbuatan fitnah, Janna juga telah tampil membuat laporan polis. Pada masa sana, akaun Instagramnya yang mempunyai 6.2 juta pengikut dan Twitternya turut gagal diakses.

Terdahulu, kontroversi timbul apabila Janna dikatakan mempersendakan satu watak dalam telefilem arahannya, Delen dengan pangilan Lisa Blackpig menempah natijah apabila dikecam hebat jutaan netizen sehingga wujudnya tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty yang menjadi sohor kini dalam Twitter seluruh dunia.

Rata-rata peminat beranggapan gelaran Lisa Blackpig itu dikaitkan dengan bintang terkemuka K-pop, Lalisa Manoban atau Lisa Blackpink.

Lebih memburukkan keadaan,  video lama Janna yang dikatakan pernah mempersendakan kematian penyanyi kumpulan SHINee, Kim Jong-hyun pada 2017 juga kembali diungkit dan menjadi bahan membakar  amarah netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI