fbpx

Inspektor dijel tiga tahun, denda RM6,000 guna dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tindakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor menggunakan dokumen palsu atas nama Jabatan Kimia berkaitan dadah lima tahun lalu mengundang padah apabila dipenjara
tiga tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Fathiyah Idris memutuskan demikian selepas tertuduh, Ermawani E. Shadali, 37, mengaku bersalah bagi semua pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 dan tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar bagi setiap pertuduhan itu.

Berdasarkan hukuman, Ermawani dihukum penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan namun hukuman itu berjalan serentak.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara ke atas tertuduh sehingga proses rayuan selesai.

Mengikut kesemua pertuduhan, dia yang juga Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan didakwa secara fraud menggunakan sebagai tulen 10 dokumen atas nama Jabatan Kimia yang dipercayai adalah palsu.

Semua dokumen itu membabitkan lima resit rasmi dan lima laporan di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah Jabatan Kimia.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini, pada 3 dan 26 November 2016.

Pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI