fbpx

Harapan musnah, MKN tidak benarkan Melaka rentas daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (kanan) di tapak projek tanaman cili Yayasan Melaka di Bandar Hijau, Ayer Keroh di sini, hari ini.

MELAKA – Harapan kerajaan negeri untuk mendapatkan sokongan pelancong domestik bagi membantu meningkat ekonomi sektor itu musnah selepas permohonan kebenaran rentas daerah ditolak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, bagaimanapun kerajaan negeri akur dengan keputusan dibuat walaupun terpaksa terus bergelut dalam memastikan survival industri itu yang kini bergantung kepada jumlah kecil penduduk di tiga daerah negeri ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) menyatakan tidak dibenarkan (rentas daerah) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), MKN juga tidak membenarkan walaupun saya telah membuat permohonan, jadi tunggulah sampai ia dibenarkan.

“Permohonan rentas itu dibuat sebelum ini semata-mata demi memastikan pelancong domestik di negeri ini dapat bersama-sama membantu meningkatkan semula sektor pelancongan di Melaka,” katanya pada sidang akhbar di tapak projek tanaman cili Yayasan Melaka di Bandar Hijau, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Kosmo! pada 19 Februari lalu melaporkan kerajaan negeri ini telah membuat permohonan dan berharap pihak MKN dapat memberi kelonggaran kepada penduduk negeri ini untuk merentas daerah bagi memulihkan ekonomi sektor pelancongan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI