fbpx

DJ Hitz FM letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusuf meletak jawatan sebagai DJ radio Hitz FM Sarawak berkuatkuasa semalam.

PETALING JAYA – Selepas teruk dikecam netizen susulan video mentertawakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri akhirnya meletak jawatan berkuat kuasa 22 Februari (semalam).

Perkara tersebut diumumkan stesen berkenaan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

Pengurusan Hitz FM sebelum ini membuat siasatan dalaman berhubung kontroversi yang berlaku pada minggu lalu.

Menerusi kenyataan ringkas tersebut, Hitz FM memaklumkan pihaknya menerima keputusan peletakan jawatan Yusuf yang berkuat kuasa semalam.

“Berikutan siasatan dalaman mengenai kontroversi membabitkan salah seorang penyampai kami baru-baru ini, pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021.

“Hitz FM akan kekal komited untuk menyalurkan segala maklumak dan hiburan kepada rakyat Malaysia,” memetik kenyataan Hitz FM.

Kosmo 19 Februari lalu melaporkan Yusuf menerima kecaman hebat daripada netizen selepas memuat naik sebuah video yang didakwa mempersendakan seorang guru subjek Sains bertutur bahasa Inggeris dalam saluran DidikTV Kementerian Pendidikan.

Pada hari yang sama juga, Hitz FM memaklumkan Yusuf telah digantung tugas sebagai penyampai radio.

Malah, Yusuf juga telah memuat baik video permohonan maaf secara terbuka dan menyesali perbuatannya itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI