fbpx

Baarack sukar melihat, lima tahun bulu tidak dicukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bulu seekor biri-biri di Australia yang tidak dicukur selama lima tahun. - Edgar’s Mission/ South West News Service

SYDNEY, Australia – Seekor biri-biri liar di Lancefield, Australia akhirnya selesa  apabila bulu seberat 34 kilogram (kg) pada  badannya  habis dipotong baru-baru ini.

Biri-biri  jantan diberi nama Baarack itu  bertahun-tahun hidup sendirian di hutan sehinggakan  bulunya  menebal dan mengganggu penglihatan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Haiwan itu diselamatkan  santuari tempatan yang membantu mencukur bulu Baarack  selepas  lima tahun disimpan.

Sukarelawan-sukarelawan  santuari Edgar’s Mission itu mengambil masa sekitar sejam untuk membuang kesemua bulu Baarack. Proses mencukur bulu biri-biri biasanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

“Kami  hairan bagaimana biri-biri ini bertahan di hutan sendirian dengan bebanan bulu yang sangat berat dan mengganggu penglihatannya.

“Ramai tidak menyedari bulu yang tidak dicukur boleh menyebabkan pengumpulan kutu yang akan menjejaskan kesihatan biri-biri,” tulis Edgar’s Mission di Facebook.

Menurut kemas kini status itu, bulu biri-biri yang tidak dicukur  juga boleh memperlahankan pergerakan binatang itu  dan ia berpotensi menjadi  sasaran haiwan pemangsa terutama jika hidup di  rimba.

Baarack ditemui awal bulan ini  ketika  merayau sendirian di sebuah kawasan belukar di negeri Victoria.

Biri-biri itu akan meneruskan kehidupan baharu di pusat perlindungan haiwan Lancefield di mana bulu badannya akan dicukur mengikut keperluan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI