fbpx

Atletico ‘tempang’ jumpa Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARRASCO (kanan) belum pulih daripada kecederaan dan terlepas aksi bertemu Chelsea yang dijadualkan berlangsung di gelanggang berkecuali di Romania awal pagi esok. – AFP

BUCHAREST – Atletico ­Madrid terpaksa melupakan khidmat pemain sayap, Yannick Carrasco­ untuk aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara bertemu Chelsea di National Arena awal pagi esok.

Pemain antarabangsa ­Belgium itu menjadi nama terbaharu yang terpaksa dike­tepikan ketua jurulatih Atletico,­ Diego Simeone selepas mengalami kecederaan ketika berdepan Granada pada aksi La Liga baru-baru ini.

Simeone mengakui pemain sayap itu tidak sempat cergas sepenuhnya untuk bertemu Chelsea dan dia dijangka tidak akan berada dalam skuad.

“Yannick (Carrasco) me­ngalami kecederaan ketika bertemu Granada. Dia juga tidak diturunkan ketika bertemu Levante pada Rabu lalu kerana belum pulih.

“Bagaimanapun, dia masih belum menunjukkan sebarang kemajuan, jadi kemungkinan besar tidak akan bermain menentang Chelsea. Saya akui ia tamparan hebat buat kami,” kata Simeone.

Pengendali dari Argen­tina itu wajar berasa bimbang berdepan Chelsea meman­dangkan beliau telahpun kehilangan nama-nama penting seperti Hector Herrera, Jose Maria Gimenez, Sime Vrsaljko dan Geoffrey Kondogbia.

Meskipun terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain, namun Simeone me­nerima khabar gembira apabila Thomas­ Lemar sudah kembali menjalani latihan bersama pa­sukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI