fbpx

Arteta beri alasan kekalahan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARI (kiri) dapat bermain 90 minit penuh permainan tanpa menunjukkan tanda-tanda mengalami sebarang masalah ketika menentang City awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kecewa dengan ­prestasi ‘lambat panas’ dipamerkan anak-anak buahnya selepas tewas 0-1 kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City di Stadium Emirates awal pagi semalam.

The Gunners terpaksa akur dengan kekalahan selepas gagal bangkit daripada ketinggalan 0-1 hasil jaringan tunggal Raheem Sterling yang menanduk masuk gol seawal minit kedua perlawanan.

Kata Arteta, keputusan itu sangat mengecewakan kerana beliau sudah berulang kali mengingatkan barisan pemainnya supaya memberi fokus sepenuhnya sebaik pengadil meniup wisel permulaan permainan.

“Saya ralat dengan keputusan ini kerana City hanya mendominasi saingan pada awal perlawanan sedangkan ia boleh dielakkan. Malah, kami sudah membincangkan perkara ini dalam bilik persalinan.

“Kami membuka terlalu banyak ruang dan peluang buat City pada awal saingan. Masalah lambat panas ini perlu segera diperbaiki jika berhasrat untuk kembali berada pada landasan tepat,” katanya.

Bagaimanapun, Arteta mengakui, salah satu perkara positif dalam perlawanan itu adalah ­prestasi dua pemain pertahanan, Kieran Tierney dan Pablo Mari yang berjaya melengkapkan 90 minit permainan tanpa sebarang masalah kecederaan.

“Jadual kami cukup padat tetapi kehadiran semula Tierney dan Mari memberi lebih banyak pilihan buat pasukan. Kedua-dua pemain ini telah memberi aksi yang baik dalam mengekang asakan lawan daripada mendapat gol tambahan,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI