SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersedia menjadi antara individu terawal di negeri yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang dijangka tiba di negeri ini dalam masa terdekat.
Aminuddin berkata, beliau juga telah mendaftarkan diri untuk menerima suntikan tersebut.
Bagaimanapun jelasnya, petugas barisan hadapan akan menjadi kumpulan pertama dan diberikan keutamaan menerima vaksin berkenaan.
“Kerajaan Negeri Sembilan mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada petugas barisan hadapan sebagai kumpulan pertama yang menerima vaksin.
“Saya bersedia untuk menerima suntikan dalam kumpulan pertama, namun keadaan itu belum ditentukan lagi. Saya sudah mendaftarkan diri untuk menerima suntikan tersebut,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE