fbpx

Air kelapa rahsia cantik Jacqueline Fernandez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACQUELINE FERNANDEZ

PELAKON Jacqueline Fernandez memang dikenali kerana memiliki pesona wajah yang sungguh jelita selain terkenal sebagai selebriti yang gemar membuat amal kebajikan.

Dalam satu pendedahan baru-baru ini, bintang berusia 36 tahun itu memberitahu bahawa dia sangat gemar minum air kelapa muda. Dia meminumnya setiap hari untuk menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.

Menerusi beberapa perkongsian dalam Instagramnya, pelakon kelahiran Sri Lanka itu kerap berkongsi gambarnya sedang minum air kelapa sama ada ketika berada di rumah atau keluar bersantai.

“Saya memang menggemari air kelapa muda sejak dari kecil lagi. Air kelapa membuatkan tubuh badan saya berasa segar,” ujarnya yang merupakan bekas ratu cantik Miss Sri Lanka 2006.

Bagaimanapun, pelakon filem Kick itu mengakui sekali-sekala, dia akan makan apa sahaja yang diidamkan dalam kuantiti yang banyak terutama makanan kegemarannya iaitu wafel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI