fbpx

Selawat badar sebelum masuk dewan peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang membaca selawat Badar sebelum masuk ke Dewan Peperiksaan di Kuantan Pahang hari ini.

Oleh NIK SUKRY RAMLI

KUANTAN -Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, memulakan hari mereka dengan selawat Badar bagi mendapatkan ketenangan dan keyakinan diri.

Mereka yang terdiri daripada 49 calon itu, membaca selawat Badar beramai-ramai diketuai Ketua Pelajar MTNP, Muhammad Ikhwan Hanafiah.

Pengurus Kanan (Akademik Tahfiz Profesional) MTNP, Nazahar Abdul Hamid berkata, amalan memulakan bacaan selawat Badar itu sudah dilakukan sejak sekian lama di maahad tahfiz berkenaan setiap kali pelajar mereka menduduki peperiksaan.

“Bacaan selawat Badar ini sudah menjadi amalan dan budaya kami di MTNP setiap tahun. Selain bacaan selawat Badar, mereka juga berdoa beramai-ramai untuk meningkatkan keyakinan diri menjawab soalan peperiksaan,” katanya ketika ditemui di perkarangan MTNP, dekat Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua calon SPM di MTNP juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengenakan pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Secara keseluruhannya, seramai 20,765 calon menduduki peperiksaan SPM di Pahang dalam suasana norma baharu di 226 pusat peperiksaan ditetapkan Kementerian Pendidikan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI