fbpx

“Saya doakan yang terbaik untuk semua” – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi melawat pelajar-pelajar calon SPM SMK Saujana Impian dan memberi kata-kata semangat kepada mereka sebelum menjawab peperiksaan tersebut.

PETALING JAYA – Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mendoakan yang terbaik untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang berlangsung hari ini.

Radzi Jidin melalui satu hantaran di Facebook sebentar tadi berkata, calon-calon yang menjawab peperiksaan tersebut hari ini amat berbeza berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

“Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana calon menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1.

“Peperiksaan SPM pada tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya,” tulisnya di laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut bersama Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Datuk Pkharuddin Ghazali, mengunjungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian untuk meninjau keadaan di sekolah dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Keadaan teratur, dan peperiksaan berjalan dengan lancar buat semua pelajar.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM 2020 dan SVM 2020,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI