fbpx

Rindu tinggalkan anak, Fazura tangguh berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA (kiri) dikatakan sedang mengalami masalah perasaan takut untuk berpisah dengan anak atau separation anxiety.

PETALING JAYA – Tak sanggup untuk meninggalkan anak walaupun hanya beberapa jam, pelakon Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 38, terpaksa menangguhkan hasrat untuk kembali ke set penggambaran.

Aktres filem Dendam Pontianak itu mengakui sangat merindui suasana di set penggambaran, namun status sebagai seorang ibu membuatkan dia terpaksa melupakan ke inginan tersebut buat sementara waktu.

“Saya selalu ditanya sama ada rindu untuk berada di set penggambaran atau tidak? Jawapannya adalah sentiasa ya.

“Malah, menjadi pelakon ialah minat nombor satu saya, tapi selepas bergelar ibu, hendak meninggalkan anak selama beberapa jam pun rasa berat hati,” ujar isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Dalam hantaran sama, Fazura turut meminta pandangan daripada ibu-ibu yang bekerja di luar sana.

Menerusi ruangan komen, pertanyaan Fazura dijawab oleh penyanyi Liza Hanim yang mengatakan Fazura sedang mengalami masalah perasaan takut untuk berpisah atau separation anxiety.

“Saya ibu kepada lima cahaya mata. Keadaan ini dipanggil separation anxiety dan perkara itu adalah normal.

“Hari pertama saya mula bekerja selepas tiga bulan berpantang, saya menangis (ketika anak kelima),” ujar Liza Hanim.

Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin dikurniakan cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI