fbpx

PIBG sedia makanan untuk mudahkan calon SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM SMK Seri Balik Pulau dibekalkan makanan dan minuman sepanjang pemeriksaan itu berlangsung mulai hari ini.

BALIK PULAU – Seramai 207 calon Sijil Pemeriksaan Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau di sini akan dibekalkan dengan makanan dan minuman secara percuma sepanjang pemeriksaan itu berlangsung mulai hari ini.

Yang Di-Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Balik Pulau, Ismail Kassim berkata, tajaan sumbangan berbentuk bungkusan makanan dan minuman pagi serta petang itu bertujuan mengurangkan pergerakan pelajar terbabit daripada pulang ke rumah atau membeli makanan di luar.

“Selain itu, mereka dapat memperoleh masa rehat yang secukupnya di sekolah sebelum menduduki pemeriksaan yang seterusnya sekali gus dapat menumpukan perhatian termasuk mengulangkaji mata pelajaran bersama rakan.

“Hari ini, pihak PIBG sekolah telah menyumbangkan makanan sarapan pagi dan tengah hari kepada seramai 207 calon SPM. Sumbangan pemberian makanan ini akan diteruskan sehinggalah di akhir peperiksaan nanti,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, menu makanan dan minuman adalah berlainan pada setiap hari dan komitmen yang dilakukan pihak PIBG juga adalah sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Seramai 19,919 calon SPM di Pulau Pinang mula menduduki pemeriksaan itu pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI