fbpx

Nakagami teruja pacu jentera baharu Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAKAGAMI teruja apabila dibekalkan dengan jentera Honda spesifikasi terbaharu bagi saingan MotoGP musim ini.

MONTE CARLO – Pelumba handalan Jepun, Takaaki Nakagami akan menggunakan latihan berintensiti tinggi untuk mencuba serta mengatasi kesilapan-kesilapan perlumbaannya pada musim lalu.

Nakagami berkata, dia akan memanfaatkan peluang besar apabila menggunakan jentera terbaharu Honda pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Selepas tiga musim bersaing pada kelas utama MotoGP de­ngan tahun pertama menggunakan jentera lama, Nakagami kini tidak mempunyai alasan untuk gagal berdaya saing apabila diberi jentera RCV spesifikasi baharu.

Pelumba Jepun berusia 29 tahun itu akan menggunakan jentera sama digunakan oleh pasukan Honda Repsol untuk pelumbanya yang juga juara dunia enam kali, Marc Marquez dan Pol Espargaro selain rakan sepasukannya di LCR Honda, Alex Marquez.

Ia juga bermaksud Nakagami akan melangkau penggunaan jentera spesifikasi 2020 dan terus melompat dari model 2019 kepada jentera edisi 2021, meskipun enjinnya akan menjadi spesifikasi 2020 susulan pembekuan teknikal.

“Ia sangat menggembirakan untuk mengguna jentera terbaharu kerana tiga musim terakhir kami selalu menggunakan jentera tahun sebelumnya. Kadang-kadang bagus dan kadangkala tidak.

“Selalunya amat sukar untuk menunjukkan potensi sebenar diri sendiri di litar disebabkan masalah utama iaitu prestasi enjin yang kadang-kadang berbeza dan sudah tentu spesifikasi jentera baharu lebih berkuasa dan laju. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI