fbpx

Maut hidu asap dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Taman Desa Cahaya, Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, mangsa ditemui orang awam dalam keadaan bersandar di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi kira-kira pukul 9.30 malam.

Menurut Shafee, siasatan awal polis mendapati, tiada perlakuan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah terhadap mangsa berusia 31 tahun itu.

“Pihak forensik polis telah mengambil sampel peluh, pelitup muka, botol air minuman, pemetik api dan satu bekas yang mengandungi bahan bakar disyaki arang yang digunakan si mati dalam kejadian ini untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Shafee, mayat lelaki tersebut kemudian dibawa ke Hospital Bukit Mertajam di sini untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat kira-kira pukul 9 pagi tadi kemudian mengesahkan tiada unsur jenayah dan kematiannya dipercayai berpunca daripada terhidu asap,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI