fbpx

Malaysia rangkul 4 Anugerah Kraf Antarabangsa 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKTPD turut memenangi kategori 'Craft Institute/Academy of the year. - Foto laman Twitter IKTPD

PETALING JAYA – Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila berjaya memenangi empat anugerah yang dipertandingkan dalam Majlis Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) 2020 di New Delhi, India semalam.

Empat anugerah tersebut diperoleh menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang dinobatkan sebagai ‘Lifetime Achievement for a Government Representative’ manakala Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Metiam (IKTPD) memenangi kategori ‘Craft Institute/Academy of the year.

MOTAC dalam satu kenyataan memaklumkan, selain itu Projek Kraf Komuniti Ku (KKK) Kampung Kepala Bendang, Sayong Kuala Kangsar, Perak pula diiktiraf sebagai ‘Village of the Year’ dan pereka daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Rahmi Bujang memenangi kategori ‘Designer of the year (Gen-Next)’.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri ketika mengulas mengenai pencapaian itu berkata, pengiktirafan itu adalah hasil komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat membangunkan industri kraf tanah air.

“Saya yakin industri ini akan terus berkembang dengan penghasilan pelbagai produk kreatif baharu selain menyokong penjenaan ekonomi negara dan seterusnya membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Program ICA anjuran Craft Village itu merupakan satu platform untuk mengiktiraf sumbangan individu, tukang kraf, artisan, pereka bentuk dan organisasi dari seluruh dunia dalam pembangunan inklusif serta kelestarian dalam sektor kraf.

Craft Village adalah pertubuhan sosial dari New Delhi, India yang merupakan anggota Worl Craft Council – Asia Pacific Region (WCC-APR), Res-Arties (Belanda) dan Residency Unlimited (New York). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI