fbpx

Kamal Adli makin ‘kering’, kini bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal Adli membuat pendedahan mengejut dirinya positif Covid-19 namun sudah sembuh sepenuhnya.

PETALING JAYA – Hampir sebulan menyepi daripada sebarang perkongsian dalam media sosial, pelakon Kamal Adli rupa-rupanya melalui hari-hari sebagai pesakit Covid-19.

Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 34, berkata, dia disahkan positif virus berbahaya itu awal Januari lalu namun kini telah bebas sepenuhnya setelah menjalani tempoh kuarantin selama 20 hari..

“Saya dapat tahu saya positif awal Januari lalu. Tak pasti dapat dari mana sebab sekeliling saya tiada siapa yang positif.

“Saya kuarantin kendiri selama 20 hari tidak berjumpa sesiapa seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya tentang kondisi fizikal yang semakin cengkung dan agak kurus, Kamal berkata, dia hilang selera makan semasa dijangkiti virus tersebut.

“Saya hilang deria rasa dan bau. Itu yang kurang rasa nak makan. Apa pun, syukur kerana sekarang sudah negatif. Keadaan saya sekarang sihat walafiat,” ujarnya.

Mengulas tentang projek lakonan terbaharu, Kamal sekarang sibuk di lokasi penggambaran yang bakal ditayangkan di Astro berjudul Duit yang berkisar tentang penggubahan wang haram atau money laundering.

Terdahulu, Kamal mengejutkan peminat apabila berkongsi sekeping foto dirinya dalam Instagram menampilkan fizikal yang agak susut berbanding biasa dengan pemberitahuan telah bebas daripada virus Covid-19.

I’m back! Lama hilang sebab hari itu saya positif Covid-19. Kuarantin tapi sekarang sudah negatif,” tulis kekasih Uqasha Senrose itu dalam Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI