fbpx

Hudson-Odoi terima padah ingkar arahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUDSON-ODOI menanggung padah apabila dikeluarkan Tuchel kerana tidak bermain mengikut arahan walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian. - AFP

SOUTHAMPTON – Kekecewaan jelas terpancar pada wajah pengurus Chelsea, Thomas Tuchel selepas pasukannya sekadar seri 1-1 dengan ­Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St. Mary kelmarin.

Lebih mengejutkan ramai pihak apabila tindakan Tuchel mengeluarkan Callum Hudson-Odoi pada minit ke-76 selepas dia baru sahaja dimasukkan sebagai pemain gantian dalam awal separuh masa kedua.

Bagaimanapun, beliau memiliki alasan tersendiri mengeluarkan pemain sayap itu dan menggantikannya dengan Ha­kim Ziyech dalam usaha memburu gol kemenangan.

“Dia (Hudson-Odoi) gagal un­tuk pamerkan aksi yang dimahukan dalam perlawanan ini, jadi saya terpaksa keluarkannya bagi melakukan perubahan formasi.

“Saya tidak gembira dengan prestasinya apabila dia tidak melakukan tugas seperti diarahkan. Bagaimanapun, dia tetap berpeluang untuk ber­aksi menentang Atletico Madrid nanti,” kata Tuchel.

Pada perlawanan tersebut, Southampton terlebih dahulu berada di depan menerusi ja­ringan Takumi Minamino sebelum Mason Mount menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti.

Bekas jurulatih Paris Saint-Germain itu turut menyelar jentera serangan The Blues yang banyak mensia-siakan peluang menjaringkan gol biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut.

“Kami menguasai permainan serta banyak bermain dalam kawasan lawan tetapi kualiti penyudah cukup menghampakan. Bagi saya, ia sangat mengecewakan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI