fbpx

Gua Matsoorat bakal jadi geotapak ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar Nasarah (dua dari kanan) melihat batuan mineral Lembah Geopark Kinta ketika Lawatan Kerja Ke Geopark Lembah Kinta di Gunung Lang, Ipoh hari ini /Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Gua Matsoorat yang terletak berhampiran Gunung Lang dekat ini bakal menjadi geotapak ke-19 dalam Geopark Lembah Kinta.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam merealisasikan usaha itu.

“Kita sudah ada 18 geotapak dalam Geopark Lembah Kinta iaitu beberapa kawasan yang kita perakukan. Saya percaya usaha sedang dilakukan untuk membolehkan kawasan itu mempunyai nilai dan ciri yang boleh dikategorikan sebagai satu lagi geotapak di Geopark Lembah Kinta ini.

“Itu satu lagi tarikan baharu sebab saya percaya dari masa ke masa kita mesti menambah baik untuk bolehkan kawasan ini ditingkatkan terutama sekali kalau dapat penemuan geotapak baharu dan dari lawatan tadi pun kita nampak nilainya sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke geotapak Gunung Lang Geopark Lembah Kinta di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Ketua Setiausaha Kemenerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, satu geopark iaitu Geopark Lenggong akan diisytiharkan sebagai geopark kedua Perak Julai ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI