fbpx

Djokovic ‘raja’ Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mengucup trofi kemenangan selepas muncul juara Terbuka Australia buat kali ke-9 di Rod Laver Arena, Melbourne Park, Australia semalam.

MELBOURNE – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic menepati ramalan selepas menjuarai kejohanan Terbuka Australia buat kali ke-9 dengan menewaskan wakil Rusia, Daniil Medvedev pada aksi final di Rod Laver Arena, Melbourne Park semalam.

Pada perlawanan tersebut, Djokovic tidak mempunyai masalah untuk meraih kemena­ngan mudah straight-set 7-5, 6-2, 6-2 dalam aksi selama satu jam 54 minit sekali gus merangkul gelaran Grand Slam ke-18 peri­badinya.

Kata Djokovic, kejayaan yang dimenangi kali ini cukup istimewa memandangkan bukan mudah untuk menjuarai kejohanan Grand Slam ini sebanyak sembilan kali selain cabaran oleh Medvedev pada aksi final ini agak sengit.

“Sangat luar biasa apabila dapat menjuarai kejohanan sebanyak sembilan kali terutama Grand Slam. Saya gembira apabila melebarkan rekod dalam saingan ini dan tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Terbuka Australia kegemaran saya.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Medvedev yang beraksi baik sepanjang kejohanan ini tetapi tidak bernasib baik di final. Secara jujur, saya optimis dia akan bergelar juara Grand Slam tidak lama lagi,” katanya.

Sebagai rekod, Djokovic sebelum ini pernah menjuarai kejohanan Terbuka Australia pada edisi 2009, 2011, 2012, 2013. 2015, 2016, 2019, dan 2020.

Sementara itu, Medvedev mengakui sangat berpuas hati dengan prestasi dirinya tetapi percaya kejayaan melangkah ke final akan menaikkan motivasi untuk tampil lebih cemerlang.

“Bukan mudah untuk berkata-kata selepas tewas tetapi saya akui Djokovic lebih layak menang. Saya juga mahu ucapkan tahniah kepadanya ke­rana bukan mudah meraih kemenangan ke-9 Terbuka Australia dan dia berjaya melakukannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI