fbpx

Didenda RM12,500 tipu ‘over time’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Johan Fazlan (kiri) bersama pegawai SPRM ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini./ FOTO Amir Khalid

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Penolong Pegawai Kesihatan didenda RM12,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bekerja lebih masa enam tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Johan Fazlan Sa’don, 43, selepas tertuduh mengaku salah atas semua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 15 bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima tertuduh sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ketika itu, didakwa telah dengan curangnya menggunakan sebagai tulen beberapa set dokumen Penyata Tuntutan Bekerja Lebih Masa bagi bulan Mei hingga September 2015 berjumlah RM3,352.06 yang diketahui dokumen tersebut adalah palsu.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Unit Gaji, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya antara Jun hingga Oktober hingga 2015.

Bagi kesemua kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abd. Muntaqim Abdul Aziz daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili peguam Nur Fazrin Ahmad. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI