fbpx

Cameron Diaz lupakan glamor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMERON DIAZ

AKTRES Cameron Diaz seperti nekad tidak lagi memikirkan soal glamor selepas kali terakhir muncul dalam filem Annie pada tahun 2014.

Menurut pelakon berusia 49 tahun itu, dia kini mengakui seronok menjaga sendiri anak perempuannya, Raddix yang berusia setahun.

Selain sibuk menjaga anak, Diaz juga sibuk mengusahakan perniagaan wain organik yang dilakukan bersama rakan niaganya, Katherine Power.

“Saya kini sibuk menguruskan perniagaan wain selain menguruskan rumah tangga. Menguruskan mereka (suami dan anak) merupakan pekerjaan paling seronok yang pernah saya lakukan sepanjang hidup.

“Itu memang perkara yang saya sangat saya nanti-nantikan sebelum ini dan akhirnya saya sudah merasainya,” ujar Diaz.

Biarpun seakan-akan memberi bayangan untuk mengundurkan diri daripada arena lakonan, bintang Charlie’s Angels itu tidak menolak kemungkinan membuat kemunculan semula jika didatangi tawaran yang benar-benar berbaloi.

“Saya tidak berkata akan berhenti daripada berlakon. Saya bukan jenis sebegitu. Cuma buat masa sekarang, memang saya tiada keinginan untuk kembali ke arah itu (berlakon).

“Tetapi mungkin pada masa akan datang, saya mungkin boleh berubah fikiran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI