fbpx

Calon SPM 2020 diperiksa rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan guru menjaga kawalan pematuhan SOP di kalangan calon SPM SMK Bukit Jelutong, Shah Alam. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kira-kira 100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, di sini menjalani pemeriksaan ketat sebelum dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.

Hasil tinjauan mendapati beberapa anggota polis serta guru sekolah tersebut mengawal pintu masuk sekolah seawal pukul 6.30 pagi.

Semua calon beratur dalam satu barisan untuk diambil suhu badan sebelum dibenarkan memasuki pekarangan sekolah.

Selepas suhu diambil, kesemua mereka mengisi borang deklarasi saringan Covid-19 bagi mengesahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Seorang bapa calon, Mohd. Akhbar Umar, 39, berkata, dia berpuas hati dengan perancangan rapi yang dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan kelancaran peperiksaan tersebut yang bermula hari ini.

“Akhirnya, tamat penantian lebih setahun anak, Mohd. Razak Mohd. Umar untuk mengambil SPM setelah tertangguh beberapa kali.

“Anak belajar bersungguh-sungguh sejak tahun lalu bagi memastikan dia bersedia pada hari ini,” katanya.

Bagi Fauziah Hamid, 42, anak keduanya, Nor Juriah Ahmad Sani, 18, belajar lebih lima jam setiap hari, sejak minggu lalu.

“Dia kurang melayari media sosial dan hanya fokus kepada pelajarannya.

” Tadi saya nak nasihat dia supaya sentiasa tenang jawab semua soalan dan beristighfar sekiranya ada soalan yang tidak dapat dijawabnya,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI