fbpx

Bentong bakal jadi bandar raya kedua di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (empat kanan) bersama Ismail (lima kanan) semasa lawatan kerja di Maran di sini hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN – Selepas Kuantan diangkat menjadi bandar raya semalam, Bentong yang terletak berhampiran Lembah Kelang pula dijangka bakal menjadi bandar raya kedua di negeri ini selepas menepati kriteria yang ditetapkan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pada masa ini pihak kementerian menunggu permohonan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan bagi mendapat pertimbangan daripada Kabinet bagi merealisasikan perkara itu.

“Pada dasarnya tiada masalah untuk (merealisasikan) Bandaraya Bentong dalam tempoh setahun dua ini dan pihak kementerian sangat komited menyokongnya.

“Majlis Perbandaran Bentong mempunyai kriteria menjadi bandar raya termasuklah jumlah penduduk hampir 500,000 orang dengan merekodkan pendapatan kira-kira RM100 juta setahun,” katanya dalam lawatan kerja di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Sempena lawatan ke daerah itu, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta kepada Majlis Daerah Maran untuk membaiki kerosakan akibat banjir, pengurusan sisa pepejal dan menaik taraf lokasi pelancongan di daerah itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian juga komited untuk mengangkat Cameron Highlands sebagai Majlis Perbandaran Cameron Highlands sesuai dengan lokasi tumpuan utama pelancong negara ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI