fbpx

Bantuan one-off RM500 diagih hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bantuan one-off RM500 kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing mula diagihkan secara berperingkat mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan menerusi  Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) itu dijangka meringankan beban kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan pangkalan data terkini, lebih kurang 110,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan kenderaan e-hailing sepenuh masa akan menerima bantuan tunai tersebut.

“Jumlah keseluruhan bantuan membabitkan sejumlah RM55 juta.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran pertama telahpun dibuat mulai hari ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bantuan tersebut yang telah dikreditkan manakala baki 15,000 lagi akan menerima bantuan secara berperingkat selewat-lewatnya 15 Mac ini.

Tengku Zafrul berkata, baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai Jumaat ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI