fbpx

29,936 calon duduki SPM di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian calon yang menduduki SPM di dewan peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang hari ini.-Foto Shahir Noordin.

ALOR SETAR – Seramai 29,936 pelajar di negeri ini menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, kesemua mereka mengambil peperiksaan di 263 pusat peperiksaan di negeri ini.

Katanya, beliau difahamkan segala urusan di pusat peperiksaan berjalan lancar termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan guru serta pelajar.

“Setakat pagi ini tiada masalah yang timbul. Tinjauan saya mendapati segalanya dalam keadaan baik.

“Penjagaan SOP amat dititikberatkan dengan saya sendiri tidak bersemuka dengan para pelajar. Pihak sekolah dan guru juga jelas melakukan semampu mungkin bagi memenuhi keperluan norma baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) di Mergong di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad; Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar, Ishak Zulkifli serta Pengetua SMKAK, Mahir Mohamad.

Sementara itu katanya, setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai jumlah pelajar yang dijangkiti Covid-19 dan tidak dibenarkan mengambil SPM di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI