fbpx

20,765 calon SPM dalam suasana baharu di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM di SMK Seri Damai Kuantan melakukan saringan kesihatan dan mengisi borang deklarasi saringan kesihatan sebelum memasuki Dewan Peperiksaan di Kuantan hari ini. - Foto Shaikh Ahmad Razif Shaikh Mustafa

KUANTAN – Seramai 20,765 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan SPM di negeri ini dalam suasana baharu susulan pandemik Covid-19 bermula hari ini.

Kesemua pelajar berkenaan termasuk 675 calon persendirian menduduki peperiksaan di 226 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai di sini mendapati pelajar yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka.

Pelajar-pelajar dilihat turut mengisi borang deklarasi saringan kesihatan dan membuat saringan suhu sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, setakat ini perjalanan peperiksaan SPM berjalan dengan baik dan pelajar serta guru bertugas mematuhi SOP ditetapkan.

“Setakat ini tidak ada masalah yang mana semua bilik peperiksaan dibuka termasuklah tempat peperiksaan khas (bagi pelajar yang dikuarantin) di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

“Walaupuan suasana berbeza, semua mengikut SOP ditetapkan seperti masuk dan keluar dari dewan peperiksaan mengikut SOP ditetapkan,”katanya di sini, hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI