fbpx

175 pelajar SIGS antara 49,472 calon SPM Johor hadapi peperiksaan hari ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM datang seawal pukul 6.45 sebelum melangkah masuk ke dalam sekolah dengan mengenakan pelitup muka bagi menduduki kertas Bahasa Melayu 1 di SMK Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 175 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) antara 49,472 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang bermula hari ini.

Tinjauan yang dilakukan di pekarangan sekolah itu mendapati pelajar mula tiba seawal pukul 6.30 pagi dengan sebahagian daripada mereka dihantar dihantar oleh ibu bapa, selain menaiki bas bagi mereka yang menetap di asrama.

Pemerhatian dibuat turut mendapati guru-guru memantau rapi pergerakan pelajar agar mereka sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pelajar dilihat berbaris dengan mengambil kira penjarakan fizikal selain suhu bacaan badan direkod sebelum memasuki pekarangan sekolah.

Pemantauan itu turut disertai Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibubapa, Komuniti dan Swasta (KPIKS) Johor, Datuk Yahya Jaafar.

Menurut beliau, pihaknya yakin peperiksaan itu akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah kerana persediaan rapi telah dibuat pihak berwajib.

“SOP sempena peperiksaan SPM ini sudah dikeluarkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan manakala pihak sekolah dan pelajar pun telah memahami peraturan ditetapkan.

“Kami berharap tidak akan ada kluster baharu membabitkan sekolah-sekolah sehingga menjejaskan peperiksaan yang berlangsung,” katanya,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI