fbpx

Wartawan ditumbuk rakam gambar kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang wartawan ditumbuk sekumpulan lelaki kerana merakam gambar di lokasi kemalangan maut di tapak projek perumahan belakang Stesen Minyak Petronas, Ulu Bintawa semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, dalam kejadian pukul 2.50 petang itu, mangsa yang berusia 45 tahun sedang merakam gambar di lokasi kejadian sebelum didatangi dan dimarahi oleh tiga lelaki.

“Suspek meminta mangsa untuk memadamkan gambar yang dirakam sebelum berlakunya pertengkaran antara kedua-dua pihak.

“Mangsa ditumbuk kerana masih terdapat gambar mangsa kemalangan di dalam telefon bimbitnya selain diberikan amaran untuk tidak menyiarkan kejadian itu.

“Mangsa yang ketakutan membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatannya, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 kanun sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI